Isu plastik 20 sen sebenarnya anda ada pilihan samada untuk membayarnya atau tak, itu terpulang kepada pelanggan. Jika 20sen itu membebankan, anda mempunyai pilihan untuk membeli beg kitar semula pada harga rm10 dan ianya boleh digunakan sepanjang tahun tanpa memikirkan kos tambahan apabila membeli barangan di kedai/gerai/pasaraya.
Ada yang berkata "bila tak bayar tidak dapat plastik, bila dah bayar dapat plastik halal" atau pun "melaka bagi plastik jenis biogred". Ramai yang mempersoalkan, tetapi kita tidak pernah sedar bahawa setiap pasaraya telah pun melaksanakan kempen bebas plastik setiap sabtu dan memberikan penyelesaian iaitu beg kitar seumla yang boleh dibeli disetiap kaunter pasaraya. Begitu juga Melaka, mereka sebelum mengunakan plastik biogred peniaga tetap mengunakan plastik sediaada oleh kerana ketika itu pembekalan plastik jenis biogred tidak dibuat secara mass production.
Isu ini sudah menjadi bahan lawak kepada rakyat malaysia kerana ianya terletak kepada pilihan pelanggan samaada mahu membayar 20sen atau tidak. Jadi gunakanlah hak anda sebagai pelanggan yang boleh berfikir dan memilih, bukan mengikut cakap-cakap yang sebenarnya tidak menguntungkan.
No comments:
Post a Comment