Feb 25, 2017

Anak-anak Kita

Kredit : M Nasir
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Feb 13, 2017

Rakan Facebook

Sila baca tanpa emosi. Tahukan engkau jumlah kawan facebook aku ada 764 orang, kalau aku ambil 2 minit untuk komen, suka, kongsi semua rakan-rakan facebook. Aku perlukan 1,528 minit setiap hari iaitu bersamaan dengan 25 jam.
Kau rasa macam mana?Bila masa aku perlu jalankan life aku sebagai seorang manusia normal yang ada keluarga, kerjaya, hobi dan kawan-kawan di luar alam maya.
Jadi yang selalu up status nak bersihkan kawan-kawan ni, jadilah seorang kawan yang bijak sebab aku bukan berkawan dengan engkau seorang dan engkau juga tidak pula berkawan dengan aku seorang sahaja.
taknak friend ada butang follower.simple tenang dan jangan cemas

Feb 9, 2017

100 Tajuk

Berikut adalah perkongsian dari penulis untuk bacaan.Terdapat 100 tajuk buku untuk bacaan remaja semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua kerana ilmu itu punca kuasa dan jambatan kepada kegelapan.

sumber:the vocket


1. Kunang Persisir Morten oleh Raiha Bahaudin
2. Naratif Ogonshoto oleh SN Dato Anwar Ridhwan
3. Detektif Indigo oleh Dr Faisal Tehrani
4. Dublin oleh Wan Nor Azriq
5. Pedagogi Bahasa Tertindas oleh ZF Zamir
6. Pei Pan oleh Ramlee Awang Murshid
7. Pecah oleh Khairulnizam Bakeri
8. Rebel oleh Saat Omar
9. Namaku Epal Kuning oleh Roslan Jomel
10. Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar
11. Menyirat Nirmala oleh Syed Mohd Zakir
12. Pascasejarah oleh Dr Fahd Razy
13. Ko Kb Ku Kl oleh Fadli Al-Akiti
14. Semua buku Diari Mat Despatch oleh Bahruddin Bekri
15. Semua komik Misi oleh Nazry Salam dan Afiq Salam Feeqry
16. Kacip oleh Firdaus Abdillah Hamzah
17. Momen-Momen oleh Matluthfi
18. Bukan Legasi Lalang oleh Sri Rahayu Mohd Yusop
19. Ayam Patah Kepak oleh Hafizah Iszahanid
20. Amerika oleh Ridhwan Saidi
21. Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
22. Dari KLCC Ke Tanjung Malim oleh Fdaus Ahmad
23. Serigala Dan Sekuntum Tulip oleh SM Zakir
24. Dunia Papionini oleh Sarah Samsudin
25. Juara oleh SN S. Othman Kelantan
26. Peripeteia Tragedi Yunani oleh Nazim Masnawi
27. Fitrah Kimiawi oleh Rahmat Haroun
28. Pendek Mabuk Gila oleh Ahmad Kamal Abu Bakar
29. 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim
30. Alien Menchari Chinta oleh Dr Rem Dambul
31. Rojak oleh Amir Muhammad
32. Selamat Datang Ke Malaywood oleh Roslan Jomel
33. Dondang Pembukaan oleh Muhammad Lutfi Ishak
34. Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil Hasrin Sanin
35. Saring Sebelum Mereng oleh Radzi Tajuddin
36. Di Balik Malaysia oleh Dr Farish A.Noor
37. Catatan Latiff Mohidin oleh Catatan Latiff Mohidin
38. Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis
39. Tulang-Tulang Berselerakan oleh SN Dato Usman Awang
40. Filsuf Untuk Noob oleh Dayang Sifar
41. Utopia Trauma oleh Rahmat Haron
42. Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad
43. Saya Pun Melayu oleh Zaid Ibrahim
44. Opera Angkasa oleh Nazri M. Anuar
45. Kotak oleh Ruhani Mat Darin
46. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr.Maza
47. Dialog Dengan Sasterawan oleh Kassim Ahmad
48. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Za’ba
49. Merapat Renggang oleh Penerbitan Obscura
50. Tuhan Bukan Manusia oleh Zharif Zainuddin
51. Di sebalik Dinara oleh Dayang Noor
52. Jibam oleh Ujang
53. Baldatun Thoiyyibatun oleh Pelita Di Dalam Kaca
54. Awek Chuck Taylor oleh Nome Nozwir
55. Emak Rindu Mathanga Erissery oleh Khairul Hakimin Muhammad
56. Tetamu Istimewa oleh Mohd Helmi Ahmad
57. Suatu Hari Nanti Manusia Akan Melupakan Tuhan oleh Fahmi Mustaffa
58. Buku Pseudosciencewatch
59. Pengembaraan Tanah Jepun oleh Azaruddin Paiman
60. Kekasih oleh SN Dato Usman Awang
61. Serangga Di Dalam Kepala oleh Roslan Jomel
62. Penyeberang Sempadan oleh SN Dato Anwar Ridhwan
63. Jesteru Impian Di Jaring oleh Zaid Akhtar
64. Jian oleh Fadli Al-Akiti
65. Rahsia Malam Merdeka oleh Saat Omar
66. Ahli Politik oleh SM Zakir
67. Berkelana Di Belentara Kata oleh Lim Swee Tin
68. Di Dalam Mulutnya Ada Kota oleh Roslan Jomel
69. Jajahan Bonda oleh Md Nizar Parman
70. Di.Ar.Ti oleh Rahmat Haroun
71. Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
72. Merentas Ranjau oleh Pak Abdul Latip
73. Budak Tin oleh Nazrie Haslienie
74. Mencari Locus Standi oleh Nisah Haji Haron
75. Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani
76. Sajak-Sajak Saleh oleh Saleh Ben Joned
77. Keldai Dan Kitab oleh Azman Hussin
78. 86 oleh Wan Nor Azriq
79. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani
80. Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani
81. Suara Dari Dinding Dewan oleh SN A Samad Said
82. Stingarden oleh Sinaganaga Lan Benhussain
83. Leksikon Ledang oleh Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
84. Luka Nering oleh Malim Ghozali PK
85. Empangan oleh Zakaria Ali
86. The Lost World oleh Helmi Effendy
87. Tunggul-Tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad
88. Rimba Jiwa oleh Sri Rahayu
89. Perempuan Politikus Melayu oleh Faisal Tehrani
90. Hikayat Tanah Jauh oleh Zainal Rashid Ahmad
91. Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani
92. Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu
93. Tercipta Dari Tanah oleh SN Dato Anwar Ridhwan
94. Soneta Roda Basikal oleh Wan Nor Azriq
95. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia oleh Lucius Maximus
96. Salina oleh SN A Samad Said
97. Patah Balek oleh Fathi Aris
98. Imam oleh SN Abdullah Hussien
99. Kasino oleh Saifullizan Tahir
100. Seorang Tua Di Kaki Gunung oleh Azizi Hj Abdullah

Feb 7, 2017

Pilihan

Statistik terbaru (5 Januari 2016) daripada SPR menunjukkan daripada 17.7 juta yang layak mendaftar sebagai pemilih, masih terdapat hampir 4.2 juta yang belum berdaftar. 59% daripada jumlah tersebut adalah daripada kalangan Melayu dan Bumiputera.(sumber ismaweb)
Tenang semua kalau kita tukar kepada nombor, ada 2.4juta pengundi yang layak mengundi tidak berdaftar dan jumlah ini bahagikan samarata pada setiap parlimen@dun ada:-
11k pengundi parlimen @
4k pengundi dun

Satu jumlah yang boleh memberikan kemenangan kepada kerajaan sediaada ataupun sebaliknya. Itulah bila minyak naik 20sen bising, plastik bayar 20sen memekak, orang nak rebel kau pun nak ikut rebel bila suruh daftar haram kau tak daftar.siapa lagi engkaulah.padan muka
ps.tenang dan jangan cemas sebab daftar afundi masih lagi majoriti.syukur

Feb 1, 2017

20 sen

Isu plastik 20 sen sebenarnya anda ada pilihan samada untuk membayarnya atau tak, itu terpulang kepada pelanggan. Jika 20sen itu membebankan, anda mempunyai pilihan untuk membeli beg kitar semula pada harga rm10 dan ianya boleh digunakan sepanjang tahun tanpa memikirkan kos tambahan apabila membeli barangan di kedai/gerai/pasaraya.

Ada yang berkata "bila tak bayar tidak dapat plastik, bila dah bayar dapat plastik halal" atau pun "melaka bagi plastik jenis biogred". Ramai yang mempersoalkan, tetapi kita tidak pernah sedar bahawa setiap pasaraya telah pun melaksanakan kempen bebas plastik setiap sabtu dan memberikan penyelesaian iaitu beg kitar seumla yang boleh dibeli disetiap kaunter pasaraya. Begitu juga Melaka, mereka sebelum mengunakan plastik biogred peniaga tetap mengunakan plastik sediaada oleh kerana ketika itu pembekalan plastik jenis biogred tidak dibuat secara mass production.

Isu ini sudah menjadi bahan lawak kepada rakyat malaysia kerana ianya terletak kepada pilihan pelanggan samaada mahu membayar 20sen atau tidak. Jadi gunakanlah hak anda sebagai pelanggan yang boleh berfikir dan memilih, bukan mengikut cakap-cakap yang sebenarnya tidak menguntungkan. 

Jan 31, 2017

Azam Oh Azam

Tahun 2017 adalah tahun untuk perubahan bagi semua dan antara yang aku harapkan berubah adalah :-

  1. Angkat tray makanan dan letak di tempat yang disediakan selepas makan di IKEA, KFC, McD ataupun dimana-mana yang dirasakan perlu, ini adalah bagi memastikan orang selepas kamu boleh makan dengan selesa tanpa perlu mengutip sisa-sisa makan yang ditinggalkan oleh anda.
  2. Jirus/Tuang air di mangkuk tandas selepas urusan selesai, kerana tiada siapa yang suka tengok karya agung anda.
  3. Susun kasut apabila masuk ke dalam Masjid, Surau atau tempat yang anda diperlukan membuka kasut, sekurang-kurangnya ianya tersusun cantik dan tidak perlu anda viralkan orang yang berhati mulia sedang menyusun selipar atau kasut busuk anda sedangkan itu boleh dibuat oleh anda sendiri.
  4. Pakai tali pinggang keselamatan semasa memandu walaupun dihadapan tiada sekatan jalanraya (Polis, JPJ,Spad), kita akan marah bila polis tahan kita tapi apa yang anda tidak sedar kesalahan itu adalah berpunca dari diri sendiri yang gagal patuh dengan undang-undang negara kemudian anda akan cuba minta budi bicara (bawah meja@bawah lesen) dan memberitahu dunia yang polis@kerajaan itu korup sedangkan perbuatan anda itu dibolehkan atas dasar budi bicara..
  5. Mengambil barang percuma cukup sekadar kegunaan sendiri bukan untuk berniaga, kerana barang percuma diedarkan untuk dikongsi bersama bukan perCUMA untuk anda seorang.
cukuplah 5 perkara walaupun sebenarnya banyak lagi yang boleh dibincangkan. Semoga tercapai azam tahun baru anda semua.