Jan 31, 2017

Azam Oh Azam

Tahun 2017 adalah tahun untuk perubahan bagi semua dan antara yang aku harapkan berubah adalah :-

  1. Angkat tray makanan dan letak di tempat yang disediakan selepas makan di IKEA, KFC, McD ataupun dimana-mana yang dirasakan perlu, ini adalah bagi memastikan orang selepas kamu boleh makan dengan selesa tanpa perlu mengutip sisa-sisa makan yang ditinggalkan oleh anda.
  2. Jirus/Tuang air di mangkuk tandas selepas urusan selesai, kerana tiada siapa yang suka tengok karya agung anda.
  3. Susun kasut apabila masuk ke dalam Masjid, Surau atau tempat yang anda diperlukan membuka kasut, sekurang-kurangnya ianya tersusun cantik dan tidak perlu anda viralkan orang yang berhati mulia sedang menyusun selipar atau kasut busuk anda sedangkan itu boleh dibuat oleh anda sendiri.
  4. Pakai tali pinggang keselamatan semasa memandu walaupun dihadapan tiada sekatan jalanraya (Polis, JPJ,Spad), kita akan marah bila polis tahan kita tapi apa yang anda tidak sedar kesalahan itu adalah berpunca dari diri sendiri yang gagal patuh dengan undang-undang negara kemudian anda akan cuba minta budi bicara (bawah meja@bawah lesen) dan memberitahu dunia yang polis@kerajaan itu korup sedangkan perbuatan anda itu dibolehkan atas dasar budi bicara..
  5. Mengambil barang percuma cukup sekadar kegunaan sendiri bukan untuk berniaga, kerana barang percuma diedarkan untuk dikongsi bersama bukan perCUMA untuk anda seorang.
cukuplah 5 perkara walaupun sebenarnya banyak lagi yang boleh dibincangkan. Semoga tercapai azam tahun baru anda semua.